Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas kereta dipandu kemalangan kendiri di Jalan Pan Borneo, Kampung Jugan, Jalan Bau-Lundu malam ini. Foto JBPM

Lelaki cedera parah kemalangan kendiri di Jalan Bau-Lundu

BAU,1 Sept: Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas kereta dipandu kemalangan kendiri di Jalan Pan Borneo, Kampung Jugan, Jalan Bau-Lundu di sini, malam ini.

Komander Operasi, PBK II Nelson Phang Shaw Ming berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.51 malam dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan Perodua Kancil dipandu seorang lelaki dewasa telah terbabas di tepi jalan.

“Pemandu yang berada di dalam kenderaan tersebut telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak menstabilkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Setelah mangsa distabilkan pihak bomba kemudian menyerahkan mangsa kepada petugas ambulans Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan