Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara Sarawak AeroBig Day 2024 di Padang Bola Speak Majlis Bandaraya Miri, Miri, hari ini. Foto TVS

Kukuh kerjasama antara kerajaan, swasta untuk kesejahteraan komuniti

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 1 Sept: Kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta penting dalam memperkasa bidang kesihatan serta kesejahteraan komunti.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, penganjuran program secara bersama merupakan salah satu inisiatif ke arah tersebut.

“Sebagai salah satu elemen terpenting dalam Sustainability Development Goal (SDG), kesihatan, kesejahteraan fizikal dan mental untuk semua menjadi keutamaan kerajaan.

“Walaubagaimanapun, Kerajaan Sarawak tidak melakukannya sendiri tanpa sokongan dan kerjasama sektor swasta.

“Sehubungan itu, saya berbesar hati dan menghargai usaha Life Event Borneo dan Syarikat Pengurusan Acara JVY yang menunjukkan contoh terbaik dalam menyokong Kerajaan Sarawak membentuk komuniti dengan penganjuran aktiviti aerobik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Chong Kong Min semasa merasmikan Sarawak AeroBig Day 2024 di sini, hari ini.

Menurutnya, acara tersebut juga menarik kerana setiap hasil atau keuntungan yang diraih disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Persatuan Kebajikan Bantuan Komuniti Terpinggir Sarawak dan membantu golongan memerlukan.

Lebih 400 perserta menyertai aktiviti aerobik tersebut.-TVS.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan