Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Daniel Gooi Zi Sen (dua dari kiri) dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tiga dari kiri) semasa menyampaikan bantuan pembelian kerusi roda khas baharu kepada atlet memanah Para SUKMA XXI Sarawak 2024, Nur Anis Humairaa Mohd Rasli di sini baru-baru ini. Foto Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Kerusi roda baharu untuk Nur Anis Humairaa ke Para SUKMA XXI Sarawak

ByTVS

KEPALA BATAS, 1 Sept: Penghidap lumbosacral agenesis sejak lahir yang lumpuh di kedua-dua belah kaki, Nur Anis Humairaa Mohd Rasli menerima bantuan kerusi roda baharu bagi menyertai Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, atlet berasal dari Kampung Permatang Setar di sini itu akan mewakili Pulau Mutiara dalam acara memanah.

Katanya, biarpun hanya berkerusi roda, gadis berusia 20 tahun itu begitu meminati dan berbakat dalam bidang sukan tersebut sejak kecil.

“Kerusi roda sedia ada sudah uzur dan tidak sesuai lagi untuk (menyertai) sukan itu dan beliau memerlukan kerusi roda khas yang tentunya harganya bukan murah.

“Semoga insentif kerusi roda ini akan melonjakkan semangatnya untuk membawa pulang pingat emas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen yang juga Ketua Kontinjen Pulau Pinang ke temasya itu menyampaikan cek sumbangan bagi pembelian kerusi roda tersebut kepada Nur Anis Humaira di sini baru-baru ini.

Nur Anis Humaira sebelum ini meraih kejayaan dalam pelbagai pingat di peringkat sirkit kebangsaan bagi acara tersebut.

Para SUKMA XXI Sarawak yang bakal disertai 1,528 atlet dari seluruh negara dijadualkan berlangsung di Bumi Kenyalang pada 22 hingga 28 September depan. – TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found