Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi IPD Bintulu tertumpu kepada menjalankan pemerikaan. Foto IPD Bintulu

Dua wanita dipercayai terlibat aktiviti pelacuran, penagihan dadah diberkas

ByTVS

BINTULU, 1 Sept: Dua wanita warganegara China diberkas kerana dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran dan penagihan dadah dalam Op Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu sempena sambutan Ambang Merdeka.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, sebanyak 22 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya seperti ubah suai ekzos, tiada lesen memandu, nombor pendaftaran fancy dan lain lain.

“Pada masa sama, polis hadir di tempat awam secara omnipresent bagi langkah pencegahan jenayah supaya dapat meningkatkan keyakinan masyarakat dan memastikan keselamatan awam terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi itu melibatkan gabungan bahagian dan cawangan peringkat IPD Bintulu yang terdiri daripada JPJKK, JSJ, Narkotik, Trafik dan lain-lain cawangan.

“Operasi ini bermula jam 10 malam sehingga awal pagi pada 31 Ogos dengan kekuatan tujuh pegawai dan 28 anggota.

“Operasi tertumpu kepada menjalankan pemerikaan di dalam premis pusat hiburan, sekatan jalan raya, hotel bajet, samseng jalan raya, snap check dan sebagainya,” ujarnya.

Nixon berkata, pihak polis khususnya IPD Bintulu sentiasa menjalankan operasi seperti itu dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kententeraman awam terpelihara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan