Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki berusia 20-an ditahan kerana menyembunyikan diesel subsidi di bahagian belakang pikap yang telah diubah suai di Jalan Asajaya-Sadong Jaya. Foto IPD Samarahan

Dua lelaki ditahan sembunyi diesel subsidi belakang pikap

ASAJAYA, 1 Sept: Dua lelaki berusia 20-an ditahan kerana menyembunyikan diesel subsidi di bahagian belakang pikap yang telah diubahsuai di Jalan Asajaya-Sadong Jaya di sini, pada malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, semasa penugasan rondaan Op Pencegahan Jenayah Ambang Merdeka, sepasukan anggota polis dari Balai Asajaya telah terserempak dengan kenderaan pikap berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan pada jam 1.50 pagi.

“Mereka kemudian bertindak menahan kenderaan tersebut untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan, terdapat dua lelaki tempatan dan bahagian belakang kenderaan tersebut telah diubahsuai untuk menyembunyikan diesel bersubsidi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, diesel dianggarkan berjumlah 209 liter (RM 450) dan kenderaan Nissan Navara ( RM20,000 ) turut dirampas.

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Asajaya untuk tindakan dan rujukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan