Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Fahmi Hakim Muhammad Nawawi bersama-sama peserta dan pelanggan Projek YKABpreneur di Kuching pada Ahad.

Buka peluang asnaf jana pendapatan

KUCHING, 1 Sept: Golongan asnaf dan kurang berkemampuan kini mampu meningkatkan pendapatan dengan menyertai projek keusahawanan Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKABpreneur).

Pegawai Program dan Aktiviti Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB), Muhammad Fahmi Hakim Muhammad Nawawi berkata, projek tersebut melibatkan latihan dan tunjuk ajar diperlukan usahawan baharu terutama dalam kalangan asnaf bagi mengubah kehidupan mereka.

“Projek ini bertujuan membantu asnaf yang mengikuti kursus kemahiran di bawah akademi latihan insan Tabung Baitulmal Sarawak melibatkan kursus menggunting rambut, urutan dan pembuatan kuih kering.

“Kami berharap ilmu dan kemahiran yang dipelajari dijadikan platform untuk mereka memulakan perniagaan seterusnya mampu menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program YKABpreneur di Kuching pada Ahad.

Program yang berlangsung sejak 30 Ogos lalu melabuhkan tirainya hari ini, -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan