Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berucap pada Majlis Jamuan Teh Mahabbah PIBG dan Prapelancaran Laman Sesawang Rasmi Sekolah Kebangsaan (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di Kuching, hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Aspek digital dalam pendidikan perlu diberi penekanan di sekolah – Hasidah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 Sept: Semua sekolah di Sarawak disarankan menyahut seruan kerajaan negeri mentransformasikan digital dalam pendidikan yang berteraskan kepada Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, guru-guru dan pihak alumni sekolah perlu bekerjasama untuk menyumbang kepada pembentukan pelajar dan murid yang lebih progresif terutamanya melibatkan transformasi ekonomi digital.

Jelas Hasidah, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari juga sentiasa menekankan tiga aspek utama di dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang berteraskan kemakmuran ekonomi, masyarakat yang inklusif, dan kelestarian alam sekitar.

“Untuk mencapai semua ini, kita perlukan pemboleh utama iaitu melalui rakyat dan anak-anak kita yang seharusnya tahu mengenai teknologi terkini termasuk teknologi digital dan internet yang mana (sesetengah) mereka memang sudah tahu, tetapi kita perlu (mengajar) secara formal dan strategik.

“Kita menyahut seruan kerajaan dan sedikit sebanyak akan menyumbang kepada pembangunan inisiatif yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak,” katanya pada Majlis Jamuan Teh Mahabbah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Agama (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie dan Yang Dipertua (YDP) PIBG SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Sharnaz Saberi.

Pada majlis itu, Hasidah turut meluluskan geran sebanyak RM10,000 kepada pihak PIBG SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan untuk kegunaan pada tahun hadapan, selain turut menyempurnakan prapelancaran laman web rasmi dan pelancaran alumni sekolah berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai laman web itu, Hasidah berkata, ia merupakan langkah yang tepat dan perlu dalam memastikan warga sekolah diberi pendedahan yang secukupnya mengenai digital dalam pendidikan.

“Jika dilihat pelancaran laman web ini amatlah penting sekali terutama bagi sekolah dan ini sealiran dengan dasar Kerajaan Sarawak yang mahu terus memastikan sekolah di seluruh negeri ini sentiasa aktif dalam mempromosikan transformasi digital menerusi Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan