Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat kemalangan kendiri. Foto IPD Bintulu

Anggota polis maut kemalangan kendiri

BINTULU, 1 Sept: Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan kendiri di Batu 35 Jalan Pan Borneo Bintulu/Miri di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, anggota yang bertugas di Cawangan MPV, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah berusia 43 tahun mengalami kecederaan parah di kepala serta badan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Bintulu yang tiba di lokasi kejadian.

“Kemalangan berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Benelli 502C dalam perjalanan dari arah Mukah menghala ke Miri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, apabila sampai di kawasan selekoh Batu 35 Jalan Pan Borneo Bintulu/Miri, tiba-tiba motosikal ditunggang hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan.

“Lokasi kejadian adalah jalan sehala, dua lorong, jalan selekoh, jalan raya kering dan cuaca baik.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” tegasnya.

Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau menyaksikan berkenaan kemalangan tersebut boleh tampil dan menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Lydia Allan, Balai Polis Trafik Bintulu di talian 086-338575 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu 086-318304. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan