Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran meranapkan tiga buah di Kampung Muara Bunut Bintangor pada Ahad. Foto BBP Bintangor.

12 penghuni tinggal sehelai sepinggang

BINTANGOR, 1 Sept : Tiga sekeluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Muara Bunut di sini, hari ini.

Insiden kira-kira 9.00 pagi itu mengakibatkan seramai 12 penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, ketika kejadian, kesemua mangsa tidak berada di dalam rumah berkenaan.

“Semua mereka terselamat namun tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing. Kejadian disedari penduduk kampung.

“Penduduk kampung turut membantu memadam api sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nicholas, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 9.21 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan operasi pemadaman.

Tindakan pantas itu katanya membolehkan bomba mengawal api daripada merebak ke lapan rumah lain yang terletak berhampiran.

“Pemadaman menggunakan pam angkut yang mengepam sumber air terbuka dari kolam ikan dengan dua aliran masing-masing 200 kaki dan dua nozel.

“Operasi itu mengambil masa lebih sejam sebelum tamat sepenuhnya pada 11.31 pagi,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan