Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 11 penghuni hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Kampung Lereng Bukit, Jalan Pujut, Miri, terbakar hari ini. Foto JBPM

11 penghuni hilang tempat tinggal selepas kediaman terbakar

ByVanessa Anak Enjop

MIRI, 1 Sept: Seramai 11 penghuni hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Kampung Lereng Bukit, Jalan Pujut di sini, terbakar hari ini.

Komander Operasi, PKPgB Bonny Martin Saging Mato berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.10 petang dengan menggerakkan 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dengan bantuan BBP Lopeng ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal berkeluasan kira-kira 10 kaki 15 persegi yang terbakar  keseluruhan.

“Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan sebelum api merebak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba menggunakan satu aliran hos sepanjang 400 kaki dengan dua pancutan air dari pili bomba dan pam jentera untuk memadamkan kebakaran.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan bagi memastikan tiada bara api yang tersisa.

“Operasi ini turut dibantu oleh enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan empat kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan