Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyertai acara 'fun walk' bersama warga Sibu sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Sarawak pada pagi ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi, isteri ‘fun walk’ bersama warga Sibu pagi ini

ByXiaoyuann

SIBU, 31 Ogos: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyertai acara ‘fun walk’ bersama warga Sibu sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Sarawak di sini, pada pagi ini.

Warga Sibu dilihat mula membanjiri Dataran Tun Tuanku Bujang dengan melakukan senaman pemanasan badan seawal 5 pagi sementara menantikan ketibaan Tun Dr Wan Junaidi serta isteri.

Sorakan dan kibaran Jalur Gemilang daripada orang ramai menyambut ketibaan Tun Dr Wan Junaidi serta isteri di garisan pemula acara tepat 7 pagi sejurus itu acara ‘fun walk’ dimulakan.

Acara berjalan 2.4 kilometer (km) bertemakan ‘Jiwa Merdeka’ itu menyemarakkan semangat patriotisme yang luar biasa warga di sini selain encerminkan semangat perpaduan dan kecintaan kepada negara.

Tema tahun ini melambangkan kesejahteraan secara holistik yang menekankan kemajuan dan progresif untuk rakyat berbilang kaum, serta menyatukan hati dan teguh pada jati diri negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan