Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Restoran Mi Lembu halal di Taipei, Taiwan yang mendapat perhatian pelancong Muslim.

Taiwan terkenal sebagai destinasi mesra Muslim

ByAdlina Rahman

TAIPEI, 31 Ogos: Taiwan kini semakin dikenali sebagai sebuah destinasi mesra Muslim.

Bandar utama seperti Taipei dan Kaoshiung menawarkan pelbagai fasiliti seperti surau dan masjid, tempat penginapan mesra Muslim termasuk restoran yang memiliki sijil halal.

Salah satunya terletak di Daerah Zhongzheng, Taipei, restoran Lao Chang Muslim Beef Noodles menarik perhatian pelancong beragama Islam dari serata dunia.

Pemiliknya, Mose Chang berkata, idea awal untuk membuka restoran ini diilhamkan daripada bapanya sewaktu berhijrah ke Taiwan tujuh dekad lalu.

Mose menjelaskan, pilihan makanan halal yang terhad pada ketika itu mendorong bapanya untuk membuka perniagaan restoran keluarga ini sekali gus membolehkan warga Muslim di negara itu menikmati juadah tradisi masyarakat Taiwan.

“Sejak 74 tahun lalu restoran ini terkenal dalam kalangan masyarakat Islam di Taiwan. Ia telah dilaporkan oleh beberapa pengamal media di sini juga. Ia adalah sebuah restoran yang terkenal dalam kalangan mereka beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media di restorannya di Taipei baru-baru ini.

Kata Mose, restorannya turut menawarkan pelbagai makanan Taiwan lain seperti ‘guo tie’ atau ‘beef potsticker’ dan ‘shui jiao’ (beef dumplings).

Lebih menarik, restorannya turut menawarkan perkhidmatan all you can add.

“Restoran ini dibuka oleh bapa saya. Ia dibuka sejak Taiwan mula ditubuhkan. Restoran ini menawarkan sajian mi daging lembu namun apa yang unik tentang restoran kami ialah kami tidak mengenakan bayaran tambahan untuk sup dan mi tambahan. Ia adalah semua yang anda boleh tambah,” ujar Mose.

Mose turut menambah, dia mengembangkan perniagaannya itu dengan membuka sebuah cawangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taipei.

Untuk rekod, restoran Lao Chang Halal Muslim Beef Noodles memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh Chinese Muslim Association. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan