Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan betina panda gergasi Riri serta Shin Shin (gambar), akan dihantar pulang ke China pada 29 September untuk rawatan, menurut kerajaan metropolitan Tokyo pada Jumaat. Foto AFP/Tokyo Zoological Park Society

Sepasang panda gergasi di Jepun akan dihantar pulang ke China untuk rawatan

ByBernama

TOKYO, 31 Ogos: Sepasang panda gergasi yang dipinjamkan kepada Jepun, Ri Ri dan pasangan betinanya Shin Shin, akan dihantar pulang ke China pada 29 September untuk rawatan, menurut kerajaan metropolitan Tokyo pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.

Ri Ri dan Shin Shin, yang tinggal di Taman Zoologi Ueno, Tokyo sejak 2011, masing-masing berusia 19 tahun dan dianggap telah mencapai usia tua bagi panda.

Pasangan ini telah menerima rawatan untuk tekanan darah tinggi sejak September 2023, dengan Ri Ri mengalami muntah-muntah sesekali sejak 2022 dan pakar tidak dapat mengenal pasti puncanya.

Hari terakhir pasangan itu untuk tontonan awam adalah pada 28 September.

Ri Ri dan Shin Shin, yang dilahirkan di pusat pemuliharaan panda gergasi di Wilayah Sichuan, barat daya China, tiba di Jepun di bawah perjanjian pinjaman selama 10 tahun, yang kemudiannya dilanjutkan.

Tempoh mereka berada di Jepun akan tamat pada Februari 2026 tetapi Jepun dan China telah bersetuju bahawa adalah lebih baik mereka dikembalikan ke negara asal untuk rawatan sebelum keadaan kesihatan mereka merosot.

Mereka adalah ibu bapa kepada Xiang Xiang, yang dikembalikan ke China pada 2023, dan kembar Xiao Xiao dan Lei Lei, yang dilahirkan pada Jun 2021. Kembar itu akan kekal di Zoo Ueno.

Zoo Ueno menerima panda pertamanya pada 1972 dari China untuk memperingati pemulihan hubungan dua hala. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan