Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden. Foto fail AFP

Presiden Biden ucap selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengucapkan selamat menyambut hari Kebangsaan ke-67 kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan rakyat Malaysia.

Dalam kenyataannya, Biden menyampaikan ucapan selamat itu bagi pihak AS dan berkata, saya ”menyampaikan ucapan selamat kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan.”

Beliau berkata Malaysia dan AS telah menikmati hubungan persahabatan dan kerjasama selama hampir tujuh dekad yang ditunjangi pandangan bersama untuk sebuah masa hadapan yang selamat, makmur dan berdaya tahan.

“Bersama-sama, kita mengukuhkan hubungan ekonomi, sesama rakyat dan keselamatan kita yang kuat,” katanya.

Biden juga mengetengahkan usaha bersama dalam memperkasakan usahawan, terutamanya wanita menerusi pelbagai program dengan berkongsi pengetahuan, kemahiran dan rangkaian bagi membolehkan mereka melancarkan dan mencapai kejayaan perniagaan di peringkat global.

Presiden AS itu selanjutnya menzahirkan keyakinan dalam perkembangan berterusan hubungan dua hala menerusi perkongsian komitmen untuk mempromosikan Indo-Pasifik sebagai sebuah rantau yang bebas, terbuka, makmur dan selamat.

Biden juga mengucapkan selamat untuk sambutan Hari Kebangsaan yang penuh dengan keriangan dan keamanan pada penutup kenyataannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan