Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni para pengunjung yang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya hari ini. Foto Bernama

PM harap semangat jiwa merdeka, perpaduan kekal berpanjangan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semangat jiwa merdeka dan perpaduan yang ditonjolkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini kekal berpanjangan.

Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat yang ditonjol oleh rakyat itu mampu memacu usaha mengangkat darjat dan martabat negara ke tahap lebih hebat.

“Sebelum bergerak pulang, saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) mengambil peluang untuk ketemu peserta perarakan dan rakyat yang bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya.

“Saya amat berbangga kerana dapat berkongsi semangat patriotik, perpaduan dan kecintaan pada tanah air ini bersama-sama kalian di hari penuh bersejarah dan bermakna ini,” kata beliau menerusi catatan di laman Facebook hari ini.

Bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang dihadiri lebih 100,000 pengunjung itu disemarakkan dengan perbarisan dan perarakan oleh 17,262 peserta, 57 kontinjen, 22 pasukan pancaragam, 343 aset darat, 37 udara serta 112 haiwan dalam perkhidmatan.

Sambutan tahun ini diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah buat pertama kali selepas Seri Paduka Baginda mengangkat sumpah jawatan serta ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 masing-masing pada 31 Jan dan 20 Julai lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan