Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan maut melibatkan seorang lelaki. Foto IPD Bintulu

Lelaki maut dalam kemalangan kendiri

ByAsmah Adenan

BINTULU, 31 Ogos: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Tun Razak Tanjung Batu di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, kemalangan kira-kira jam 3.20 pagi itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang dinaiki seorang lelaki berusia 21 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa bergerak lurus dari arah Kemena Commercial Centre ke arah Pasar Bintulu.

“Setibanya di Jalan Tun Razak Tanjung Batu, motosikal yang ditunggangnya tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Ins Pung Ting Khang di Balai Trafik Bintulu di talian 086-338575 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu 086-318304,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan