Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi tertarik dengan pameran kesihatan. Foto TVS

Klinik Kesihatan Long Napir dibina melalui CSR pihak swasta

LIMBANG, 31 Ogos: Pembinaan Klinik Kesihatan Long Napir yang merupakan keperluan masyarakat Penan dan Kelabit di pedalaman Limbang dijangka dimulakan pihak swasta melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, klinik tersebut adalah nadi utama penduduk yang berdepan kekurangan prasarana asas terutama kemudahan kesihatan.

Menurutnya, program CSR tersebut amat diperlukan seperti dilaksanakan di Klinik Kesihatan di Baram.

“Saya difahamkan memang ada pihak swasta membantu melalui program CSR seperti di Klinik Kesihatan di Baram,” katanya ketika ditemui media selepas Jelajah Agensi Nasional Malaysia Sihat Limbang 2024 di Dewan Suarah Limbang hari ini.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang Dr Norliza Jusoh dan Pengarah Hospital Limbang Dr Syed Satahkatulah Mohamed Kalik.

Klinik Kesihatan Long Napir sebelum ini berdepan kelewatan agak lama dan tergendala sehingga menyebabkan pembinaannnya tidak dapat diteruskan sehingga kini.

Projek tersebut pernah dikemukakan wakil rakyat di daerah ini kerap kali pada Sesi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak 2006 dan sudah diluluskan Dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) di Bahagian Limbang dengan kos lebih RM3 juta di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia terdahulu.

Kata Hasbi, melalui penyertaan pihak swasta dan badan korporat dalam perlaksanaan, lebih banyak klinik kesihatan seluruh negeri dapat ditambah baik. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan