Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Sarawak 2024 di Dewan UTS Sibu. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Hormati tarikh 31 Ogos sama seperti 16 September

ByXiaoyuann

SIBU, 31 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa rakyat Malaysia terus bersatu padu dalam usaha membina negara lebih progresif dan stabil.

Beliau berkata, Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos perlu dihormati seperti 16 September untuk sambutan Hari Malaysia.

“Tarikh 31 Ogos mungkin membawa pengertian berbeza bagi rakyat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Namun, pengertian berlainan ini tidak harus menjadi halangan kepada rakyat ketiga-tiga wilayah ini untuk saling hormat-menghormati dalam usaha membina Malaysia yang progresif dan utuh,” katanya.

Abang Johari menjelaskan, tarikh tersebut tidak harus dipolitikkan sebaliknya setiap rakyat menghormati dan memahami pengertiannya.

“Mereka perlu menumpukan perhatian kepada usaha membina dan membangunkan negara. Kita perlu bergerak ke hadapan dan tidak dikongkong sentimen tersebut sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada negara,” ujarnya.

Pada masa sama beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menerima pandangan mengenai tarikh 31 Ogos dan 16 September sehingga menukar Hari Kemerdekaan kepada Hari Kebangsaan sejak 2015.

Sementara itu, Abang Johari memuji masyarakat di Sibu yang bersemangat dan menunjukkan perpaduan semasa sambutan Hari Kebangsaan berlangsung.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan