Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Zaihanirah Zaini @Hani ketika menerima anugerah ‘Select Distinguished District Award’ bagi penggal 2023 hingga 2024 di California, Amerika Syarikat hari ini. Foto AZAM

Nur Zaihanirah rangkul anugerah antarabangsa

ByHafeezzur Muzamir

CALIFORNIA, 31 Ogos: Mentor Kelab Penceramah Young Souls Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM), Nur Zaihanirah Zaini @Hani merangkul anugerah Select Distinguished District Award bagi penggal 2023 hingga 2024 di California, Amerika Syarikat hari ini.

Pengiktirafan berprestij itu diterima Pengarah Daerah 87 itu pada Hall of Fame di Konvensyen Antarabangsa Toastmasters yang diadakan di Anaheim Marriott, California.

Nur Zaihanirah yang juga ahli Kelab Toastmasters AZAM di Kuching dipilih kerana menunjukkan kepimpinan luar biasa dan mencerminkan nilai yang diraikan masyarakat Malaysia pada setiap 31 Ogos.

“Pengalaman saya di dalam AZAM banyak mengajar untuk memimpin dengan dedikasi sama seperti negara kita dibina atas ketabahan dan perpaduan.

“Menerajui Daerah 87 adalah satu tanggungjawab yang besar dan saya berbangga untuk membawa semangat kemerdekaan Malaysia ke arena global,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Anugerah itu sekali gus mengukuhkan reputasi Daerah 87 di persada antarabangsa dan ia disifatkan menjiwai semangat Malaysia Madani.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan