Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Sarawak di Sibu. Foto TVS

Bina, tanam semangat kemerdekaan dalam diri

ByXiaoyuann

SIBU, 31 Ogos: Setiap rakyat Malaysia perlu membina dan menanam semangat kemerdekaan tidak kira pemimpin atau rakyat biasa.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie berkata, setiap tahun tema bagi sambutan Hari Kebangsaan berubah mengikut masa.

Menurutnya, ia sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di Malaysia bukan hanya kepada kemajuan fikial tetapi juga melibatkan nilai moral dan semangat kebangsaan.

“Semangat kebangsaan adalah penting untuk membentuk identiti diri yang kukuh berasaskan nilai tempatan. Ini membantu melahirkan rakyat Malaysia berdaya saing di peringkat global dan mempunyai semangat serta tenaga tinggi,” katanya.

John Sikie yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Sarawak menjelaskan, generasi sekarang perlu mempunyai semangat kemerdekaan dan meninggalkan zon selesa yang merupakan penghalang kepada kemajuan.

“Kita perlu mempunyai tekad teguh dan keyakinan tinggi terhadap kemampuan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri,” ujarnya.

Menurutnya, semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat negara ini memerlukan usaha berterusan bermula dengan mendidik tentang makna dan kepentingan semangat tersebut.

“Tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dilihat sebagai usaha membina pemahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama.

“Kepelbagaian budaya dan adat dianggap sebagai asas utama membina negara harmoni,” jelasnya.-TVS

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan