Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPDN Limbang menasihati penduduk Limbang agar tidak panik susulan masalah kehabisan bekalan petrol bagi penggunaan RON 95, di sebuah stesen minyak di Limbang sejak Khamis lepas. Foto hiasan Envato

Bekalan petrol di Limbang mencukupi

LIMBANG, 31 Ogos: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Limbang menasihati penduduk tempatan tidak panik susulan masalah kehabisan bekalan petrol bagi penggunaan RON 95 di sebuah stesen minyak di Limbang sejak Khamis lepas.

Ketua Cawangan KPDN Limbang Mohd Hazwan Basrol berkata, pihaknya mengambil maklum dan menjangkakan berlakunya peningkatan jumlah kenderaan semasa waktu cuti.

Menurutnya, KPDN Limbang akan memastikan bekalan petrol dan diesel sentiasa mencukupi.

“KPDN Limbang menasihatkan orang awam agar tidak panik dan boleh beralih kepada jenama minyak syarikat lain yang berhampiran kerana bukan semua stesen minyak menghadapi masalah bekalan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, dijangkakan bekalan petrol di stesen berkenaan akan tiba lewat petang ini seperti yang dimaklumkan pihak pembekal.

Pada Jumaat, sebuah stesen minyak di Limbang mengalami masalah kehabisan bekalan petrol bagi penggunaan RON 95, sejak Khamis.

Difahamkan kehabisan minyak petrol RON95 itu berlaku kira-kira jam 7 malam.

Bagaimanapun kehabisan bekalan petrol itu tidak melibatkan bekalan diesel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan