Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching Sarawak (KDJA), Ronnie Teo. Foto: UKAS

Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2024 berlangsung di Kuching

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 31 Ogos: Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2024 akan diadakan pada 14 Disember depan di Kuching dengan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) sebagai penganjur.

Presiden KDJA, Ronnie Teo berkata, sebanyak 10 kategori dipertandingkan melibatkan Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Penulisan Berita), Anugerah Laporan Berita, Anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti, Anugerah Laporan Kelestarian serta Anugerah Laporan Ekonomi dan Perniagaan.

Selain itu, Anugerah Berita Sukan, Anugerah Ekonomi Digital, Anugerah Kewartawanan Penyiaran, Anugerah Kewartawanan Foto, Anugerah Esei Foto dan Anugerah Premier Sarawak turut dipertandingkan.

“Karya mesti diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Iban. Penyertaan yang dihantar peserta dari media penyiaran mesti telah disiarkan.

“Seorang peserta boleh menghantar maksimum empat penyertaan termasuk individu dan pasukan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ronnie menjelaskan, hanya karya yang diterbitkan antara 1 September 2023 hingga 30 September 2024 layak untuk dihantar sebagai penyertaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan