Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksikan pertukaran MOU antara MUDeNR dan CENTEXS di Kuching, malam tadi. Foto Awang Azmil (TVS)

Urus sumber asli, kewangan dengan cekap

ByAmirah Shawel

KUCHING, 30 Ogos: Pengurusan sumber asli dan kewangan perlu diurus dengan cekap bagi mengelak berlaku kerugian serta pembaziran kepada Kerajaan Sarawak.

Sehubungan itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, peraturan dan pekeliling lapuk perlu disemak semula bagi memastikan pengurusan berkesan.

Menurutnya, ia penting supaya sesuai atau selari dengan perkembangan dan kehendak semasa, sambil berkata tatakelola efektif perlu dititiberat dalam memastikan sumber diurus dengan baik.

“Sumber yang diurus dengan cekap menjimatkan kos dan mampu menjana lebihan pendapatan (buat Sarawak) sekali gus menampung program pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) di sini, malam tadi.

Turur hadir Setiausaha Tetap MUDeNR, Datu Abdullah Julaihi, Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Teknologi Kecemerlangan Sarawak (CENTEXS), Dato Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman.

Sehubungan itu menurut Awang Tengah, kementerianya perlu sentiasa mengambil langkah proaktif dalam usaha memastikan pengurusan sumber di wilayah ini kekal mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan