Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin menyampaikan cek UNIFOR kepada wakil PIBG di SK St Joseph di Miri, hari ini. Foto TVS

UNIFOR sumbang dana perbaiki kemudahan SK St Joseph, Miri

ByVanessa Anak Enjop

MIRI, 30 Ogos: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyalurkan dana RM100,000 untuk kegunaan memperbaiki kemudahan Sekolah Kebangsaan St Joseph di sini.

Dana itu disampaikan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin kepada pengurusan sekolah berkenaan, hari ini.

Menurutnya, pemberian ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan pendidikan berkualiti dan penyediaan prasarana yang baik untuk anak-anak Sarawak.

“Kerajaan Sarawak sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap pendidikan anak-anak Sarawak. Melalui UNIFOR, kami setiap tahun menghulurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah mubaligh yang memerlukan bantuan untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan sekolah,” katanya ketika ditemui media pada majlis tersebut.

Kim Shin turut menekankan kepentingan bantuan ini dalam memastikan para pelajar mendapat manfaat sepenuhnya, menggalakkan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh demi kemajuan dan pembangunan Sarawak.

“Menjelang tahun 2026, anak-anak Sarawak yang berjaya memasuki universiti-universiti yang dimiliki oleh kerajaan Sarawak akan menikmati pendidikan percuma,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan