Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menyampaikan cek UNIFOR. Foto TVS

UNIFOR serah dana RM310,000 untuk selenggara dua sekolah

ByVanessa Enjop

MIRI, 30 Ogos: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Columba dan Sekolah Kebangsaan (SK) St. Columba, Miri,  menerima bantuan kewangan berjumlah RM310,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Cek tersebut diserahkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada satu majlis di SMK St. Columba hari ini kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SMK ST Columba Miri, Encik Simon Ilus.

Menurut Datuk Sebastian Ting, sumbangan tersebut merangkumi RM190,000 untuk SMK St. Columba dan RM120,000 untuk SK St. Columba, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM310,000.

“Saya amat gembira dapat menyerahkan cek ini. Saya mengambil sedikit masa untuk datang dan menyampaikan cek ini,” katanya ketika ditemui TVS di sini.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah St. Columba Simon Ilus turut menyatakan rasa syukurnya atas bantuan yang diberikan UNIFOR.

Beliau menjelaskan dana tersebut adalah penting untuk menyelenggara infrastruktur sekolah yang kini mencapai usia 95 tahun.

“Sebagai pengerusi lembaga sekolah, ini adalah salah satu sumber pembiayaan kami terutama ketika kami menyambut ulang tahun ke-95 sekolah ini. Sudah tentu, infrastruktur sekolah memerlukan penyelenggaraan berterusan,” ujar Simon.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan tanpa bantuan UNIFOR, sekolah tersebut hanya bergantung kepada peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang agak terhad.

“Kami benar-benar bersyukur di Sarawak kerana kami mempunyai UNIFOR. Jika tidak, kami hanya bergantung kepada KPM.” tambahnya lagi.

Dengan sumbangan ini, diharapkan SMK St. Columba dan SK St. Columba dapat meningkatkan kemudahan dan prasarana demi kesejahteraan dan kejayaan pelajar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan