Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Richard merakam gambar kenangan bersama-sama John Ilus dan Presiden SASPER Ahtee Chai Kane Seng. Foto TVS

Serian sesuai untuk penganjuran sukan permotoran lasak

SERIAN, 30 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berpendapat Serian mempunyai potensi dalam menganjurkan sukan permotoran.

Beliau berkata, keindahan alam semula jadi dengan khazanah flora dan fauna tidak terusik menjadi kelebihan kepada Serian menganjurkan sukan tersebut terutama melibatkan permotoran lasak.

John berharap penganjuran Serian International 4X4 Challenge yang pertama kali diadakan dapat dijadikan sebagai acara tahunan dan dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak.

“Kita berharap cabaran ini bukan untuk hari ini sahaja. Diharapkan ia terus diadakan pada tahun-tahun akan datang.

“Cabaran ini merupakan petanda baik kepada peminat kenderan pacuan empat roda dan aktiviti lasak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan trek pacuan empat roda di sini pada Jumaat.

Turut hadir Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem, Pegawai Daerah Serian, Henry Inting Nyami dan Pegawai Daerah Tebedu Gerard George Entiger

Dalam pada itu John yang juga Timbalan Penaung Serian Adventure 4X4 Society (SASPER) turut berharap aktiviti sukan permotoran lasak memberikan pelbagai faedah kepada penduduk setempat.

“Saya berharap program seperti ini membantu masyarakat sekitar untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan