Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Perarakan Hari Merdeka Tadika Hikmah Miri. Foto TVS

Semai semangat kebangsaan dalam kalangan kanak-kanak

MIRI, 30 Ogos: Perarakan sempena hari kebangsaan di Tadikah Hikmah Miri diadakan untuk menyemai semangat kebangsaan dalam kalangan pelajar.

Cikgu Tadika Hikmah Miri, Rizanawati Morsidi berkata, semangat mencintai negara dapat disemai seawal usia empat tahun.

“Program ini diadakan di sekolah bertujuan menyemai semangat kebangsaan dalam kalangan kanak-kanak dari usia empat hingga enam tahun.

“Lagu patriotik dan pakaian yang dipakai kanak-kanak ini dapat mendidik mereka terutama meningkatkan semangat kebangsaan dan cintakan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui oleh media selepas program tersebut.

Program ringkas tersebut diserikan dengan nyanyian lagu patriotik dan laungan merdeka.

Ia dijalankan serentak di tiga Tadika Hikmah iaitu di Krokop, Taman Tunku dan Lutong.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan