Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia, Vincent Sawat berucap semasa Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada di The Culture Centre di Sri Aman pada Jumaat. Foto TVS

Sasar rakyat Singapura beli lada Sarawak

SRI AMAN, 30 Ogos: Sebanyak 20 syarikat di bawah bimbingan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) Lada dijangka menyertai program yang berlansung di Johor Bahru pada September depan.

Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia, Vincent Sawat berkata, syarikat tersebut akan membuka gerai dan menjual produk berasaskan lada dari Sarawak.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan sambutan pasaran daripada rakyat Singapura yang dijangka berkunjung ke Johor Bahru semasa program tersebut berlangsung.

“Pada 23 September kami akan bertolak ke Johor Bahru untuk mengadakan program serupa tapi lebih fokus kepada kempen penggunaan lada dalam negara yang mana kami membawa semua PKS bimbingan kami.

“Ini memberi peluang untuk mempromosikan industri lada terutama produk berasaskan lada kepada penduduk negara jiran,” katanya.

Beliau berucap semasa Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada di The Culture Centre di Sri Aman pada Jumaat.

Untuk rekod, jumlah pekebun lada yang berdaftar di dalam Sistem E-Pekebun pada masa ini adalah seramai 39,240 orang dengan keluasan penanaman lada seluas 8,285 hektar.

Statistik sehingga bulan Julai 2024 menunjukkan bilangan pekebun lada di seluruh Malaysia yang mendapat manfaat daripada Skim Bantuan Tanaman Lada adalah berjumlah 13,923 orang dengan keluasan 2,194.7 hektar dan nilai keseluruhan bantuan berjumlah RM40.2 juta, diagihkan sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) sejak tahun 2021.

Daripada jumlah tersebut, seramai 5,148 orang merupakan penerima manfaat daripada Skim Tanaman Lada Baharu (STLB) yang mengusahakan seluas 713.8 hektar tanaman lada dengan nilai keseluruhan bantuan dianggarkan sekitar RM21.8 juta.

Manakala sejumlah RM18.4 juta pula diagihkan kepada seramai 8,775 orang pekebun yang mengusahakan 1,480.9 hektar kawasan penanaman lada di bawah Skim Tanaman Lada Matang (STLM). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan