Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian jentera 4X4 yang mengambil bahagian. Foto TVS

Platform pertemuan peminat sukan permotoran lasak

SERIAN, 30 Ogos: Deruman enjin 42 jentera pacuan empat roda yang diubah suai menggegarkan suasana pagi di tapak trek 4X4 berhadapan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Serian.

Kehadiran jentera tersebut adalah bagi menyerikan Serian International 4X4 Challenge yang pertama kali diadakan di daerah itu

Presiden Serian Adventure 4X4 Society (SASPER), Ahtee Chai Jane Seng berkata, acara tersebut dijadikan platform pertemuan peminat sukan permotoran lasak 4X4.

“Kami percaya dengan adanya cabaran 4X4 seperti ini, ia dapat memberikan manafaat besar kepada semua lapisan masyarakat terutama peminat sukan 4X4.

“Melalui usaha bersama ini, kita dapat membina komuniti lebih sejahtera dan tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara,” katanya.

Acara tersebut turut menarik penyertaan dari Brunei dan Kalimantan, Indonesia, selain penyertaan dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Hardcore dengan penyertaan 20 jentera dan Super Novice melibatkan17 jentera 4X4 yang diubah suai.

Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem hadir menyempurnakan majlis perasmian.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus, Pegawai Daerah Serian, Henry Inting Nyami dan Pegawai Daerah Tebedu, Gerard George Entiger-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan