Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika ditemui media selepas Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat MUDeNR di Kuching, malam tadi. Foto Awang Azmil (TVS)

Pengurusan Gunung Tabai akan ditambah baik, cegah perlombongan emas haram

ByAmirah Shawel

KUCHING, 30 Ogos: Pelan pengurusan Gunung Tabai, Bau akan ditambah baik bagi mengelakkan pencerobohan terutama kegiatan melombong emas haram yang mengorbankan nyawa.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ketika ini fasiliti keselamatan di kawasan gunung tersebut kurang lengkap.

“Kawasan gunung itu adalah sebahagian daripada kawasan yang diwartakan sebagai taman negara. Dari segi fasiliti belum lagi lengkap dan kita cuba usahakan.

“Apa yang berlaku ialah mereka cuba korek kawasan itu untuk melombong emas secara haram dan kita tidak boleh kenal pasti dari mana mereka masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) di sini, malam tadi.

Jelas beliau, tindakan selanjutnya terhadap mereka yang menceroboh untuk melombong emas secara haram di kawasan tersebut akan ditetapkan setelah siasatan penuh dijalankan oleh pihak bertanggungjawab.

“Kita tunggu siasatan, banyak agensi yang terlibat termasuk pihak polis. Kita tunggu bagaimana,” ujarnya.

Awal minggu ini, seorang lelaki warganegara Indonesia, Yoga Anggiska, 26, maut apabila tertimbus ketika melombong emas secara haram di Gunung Tabai.

Mayat mangsa dikeluarkan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Jawai Francis Kempas berkata, mayat mangsa ditemui pasukan SAR kira-kira 90 meter di dalam lubang di gunung berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan