Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyeru rakyat mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Ibu Pertiwi bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan.

Hargai pengorbanan pemimpin terdahulu berjuang menuntut kemerdekaan

ByConnie Grace

KUCHING, 30 Ogos: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyeru rakyat di negeri ini memperingati dan menghargai pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu yang berjuang menuntut kemerdekaan.

Menurutnya, perjuangan serta pengorbanan para pemimpin terdahulu telah membentuk sebuah negara yang merdeka sehingga ke hari ini sekali gus membentuk Persekutuan Malaysia.

“Sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’, rakyat di negeri ini harus bebas daripada elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh dan harmoni,” katanya.

Menerusi ucapan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024 beliau berharap rakyat memahami signifikan sambutan hari bersejarah ini.

“Marilah kita membebaskan diri dari dibelenggu penjajahan minda, terus melakar kejayaan tanpa terpengaruh dengan anasir luar tanpa mengganggu-gugat kestabilan politik yang kita miliki,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat di wilayah ini agar terus mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Ibu Pertiwi bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan.

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan diadakan di Dataran Putrajaya pada Sabtu ini manakala bagi peringkat negeri Sarawak ia diraikan di Sibu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan