Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Saraswathy Kandasami

Hargai kepelbagaian budaya sebagai asas kemakmuran negara

ByConnie Grace

KUCHING, 30 Ogos: Rakyat Malaysia perlu sentiasa menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya sebagai satu asas kepada kesejahteraan serta kemakmuran negara.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Saraswathy Kandasami berkata, Malaysia merupakan negara unik yang terbentuk atas semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.

“Dalam hal ini, Rukun Negara perlu dijadikan panduan utama dalam membentuk kehidupan harmoni di Malaysia menerusi prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

“Ia mencerminkan semangat Malaysia MADANI diterapkan kerajaan yang mementingkan persefahaman dan sikap hormat-menghormati antara pelbagai peringkat masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak terus memupuk sikap hormat-menghormati dan mengelak membuat kenyataan yang boleh menggugat perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. – TVS

 

 

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan