Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata tumpuan kerajaan GPS kini menjurus ke arah dasar penjanaan ekonomi mampan berteraskan sumber lestari dan berteraskan teknologi.

GPS fokus ekonomi mampan berteras sumber lestari dan teknologi

ByConnie Grace

KUCHING, 30 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata tumpuan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini menjurus ke arah dasar penjanaan ekonomi mampan berteraskan sumber lestari dan berteraskan teknologi.

Menurutnya, seawal 2017, Sarawak telah mengorak langkah untuk membangunkan ekonomi digital yang disusuli dengan inisiatif ke arah ekonomi hidrogen, pembangunan sumber lestari dan tenaga bersih.

“Kini (Sarawak) mula meneroka inisiatif untuk membangunkan industri cip sebatian dan aeroangkasa di samping usaha ke arah penghiliran sumber minyak dan gas,” katanya menerusi teks perutusan sempena Hari Kebangsaan 2024.

Beliau berkata, selepas dunia dilanda COVID-19, kerajaan GPS mengambil langkah berani dan proaktif dengan pelaksanaan dasar Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 pada tahun 2023 .

PCDS 2030 adalah landasan utama ke arah menjadikan Sarawak sebagai kawasan maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Jelasnya, PCDS 2030 mempunyai tiga tonggak utama yang memberi penekanan kepada kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar untuk mentransformasikan ekonomi Sarawak.

“Kini Sarawak terus menerajui cabang ekonomi baharu dan menjadi rujukan kepada kawasan-kawasan lain di dalam dan luar negara.

“Sarawak mampu bergerak pantas dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini kerana keadaan sosial dan politik yang agak stabil,” ujarnya.

Justeru, sempena Hari Kebangsaan 2024 beliau menyeru kepada rakyat Sarawak supaya kita semua terus bergerak seiringan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang untuk Sarawak dan juga untuk Malaysia.

“Dengan semangat ‘Segulai, Sejalai’ dan setia kawan, saya yakin bahawa Sarawak dan Malaysia akan terus bergerak menjadi kawasan yang disegani di rantau ini dan dihormati oleh masyarakat dunia,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan