Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bangunan baharu SK Lebor Remun yang kini siap sepenuhnya. Foto TVS

Fokus pembangunan sekolah baharu, daif

SERIAN, 30 Ogos: Peruntukan RM 1 billion yang diterima dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak akan digunakan dengan sebaiknya bagi pembangunan sekolah baharu serta daif di Daerah Serian

Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem berkata, antara projek yang menggunakan dana tersebut adalah pembinaan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Lebor Remun bernilai RM 5.3 juta yang kini siap sepenuhnya.

Menurutnya, tumpuan turut diberikan bagi menaik taraf beberapa sekolah lain termasuk pembinaan sebuah sekolah kebangsaan baharu

“Selain dari SK Lebor Remun, di bawah peruntukan RM 1 billion ini untuk kawasan Parlimen Serian, kita juga dalam perlaksanaan pembinaan sekolah baharu iaitu Sekolah Kebangsaan Kujang Mawang yang menelan belanja RM 21 juta

“Di bawah peruntukan RM 1 billion ini, antara sekolah yang menerima peruntukan (bagi pembangunan) adalah SK Semukoi,” katanya.

Richard berkata demikian selepas dalam satu sidang media di bangunan baharu SK Lebor Remun pada Jumaat.

Menurutnya, bangunan baharu sekolah tersebut mempunyai tujuh kelas, sebuah makmal sains, bilik guru, bilik mesyuarat dan perpustakaan.

Terdahulu Richard menyaksikan upacara penyerahan kunci sekolah tersebut oleh JKR Sarawak diwakili Jurutera Bahagian, Chriesly Francis Kureng kepada Pegawai Pendidikan Daerah Serian, Bunsie Tunton

Hadir sama pada upacara ringkas itu, Ketua Balai Bomba Serian, James Gani dan Guru Besar SK Lebor Remun, Edwin Budin-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan