Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Foto JPBM

Dua rentung kereta terbakar dalam kemalangan di Kota Kinabalu

ByBernama

KOTA KINABALU, 30 Ogos: Dua rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata identiti mangsa belum dikenal pasti.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.30 pagi dan pihaknya sampai ke tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Bomba boleh mengeluarkan mangsa yang rentung itu hanya selepas kebakaran kereta itu dapat dipadamkan. Dua lagi mangsa yang masing-masing memandu dua kenderaan lain dalam kejadian itu hanya cedera ringan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan dan siasatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan 4.40 pagi. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan