Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh ketika mempengerusikan Mesyuarat Pesta Pantai Belawai di Belawai pada Khamis. Foto TVS

‘Croc Watch Apps’ dilancarkan 29 September ini

TANJUNG MANIS, 30 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual akan menyempurnakan pelancaran ‘Croc Watch’ yang merupakan aplikasi khas mengesan buaya pada Majlis Penangguhan Pesta Belawai 29 September ini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata aplikasi tersebut dibangunkan kerajaan dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Sarawak Information Systems (Sains).

“Ilham untuk mewujudkan aplikasi ini sebenarnya tercetus ketika saya menghadiri Persidangan Teknologi Maklumat (IT) Antarabangsa di Santiago dua tahun lalu,” katanya kepada media di sini pada Khamis.

Beliau berkata, selain mudah diakses, aplikasi itu juga membolehkan orang ramai berkongsi maklumat secara terus kepada pihak SFC mengenai keberadaan buaya di tempat masing-masing

SFC katanya, akan menyalurkan semula maklumat itu dalam aplikasi bagi memudahkan orang ramai mengenalpasti lubuk utama buaya atau kawasan yang kerap berlaku insiden serangan repitlia berkenaan.

Terdahulu pada ketika menghadiri Mesyuarat Penganjuran Pesta Pantai Belawai pada Khamis, Len Talif berkata, pesta yang bernula 20 hingga 29 September itu bakal diserikan dengan pelbagai acara menarik.

“Kita juga menyediakan lebih 160 gerai jualan kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan sepanjang pesta itu nanti,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan