Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Craftsmen of Finale dedah realiti pekerjaan berkaitan kematian

PROGRAM Craftsmen of Finale adalah sebuah siri dokumentari mini enam episod yang mendedahkan kehidupan individu yang bekerja dalam bidang berkaitan kematian. 

Setiap episod dalam siri ini menawarkan pandangan mendalam mengenai pelbagai profesion berkaitan kematian termasuk patologi, pengurus perkhidmatan pengebumian, pembuat keranda, penggali kubur, artis solek mayat, pengendali krematori dan pembuat Zhizha (纸扎) iaitu kraf tradisional yang diperbuat daripada kertas untuk dibakar sebagai penghormatan kepada si mati.

Dalam dokumentari ini, Lau Ung Ing menjelaskan, selain daripada menceritakan mengenai pekerjaan harian dan cabaran dihadapi, ia juga berkongsi mengenai kes unik serta menggali aspek budaya dan cara menguruskan mayat dalam konteks pekerjaan mereka.

“Pada akhir setiap episod, penonton akan mendengar pendapat individu yang ditemu bual tentang kematian serta bagaimana mereka membantu mengatasi kesedihan mereka sendiri terutama bagi yang kehilangan ahli keluarganya.” katanya. 

Beliau menambah, dokumentari ini bertujuan memberikan pemahaman mendalam tentang pekerjaan dalam bidang berkaitan kematian yang sering dianggap kotor dan tidak memberi tuah.

“Kami akan menunjukkan bagaimana pekerja menjaga kebersihan dan keselamatan mereka melalui langkah seperti penggunaan sarung tangan, pelindung wajah dan prosedur pembersihan. Dengan menonton dokumentari ini, saya berharap penonton dapat melihat mereka sebagai pekerja yang sama seperti orang lain dan tidak lagi memandang rendah terhadap pekerjaan mereka.“ ujarnya.

Menurut Lau, kelainan program ini ialah ia meneroka ASEAN taboos iaitu larangan budaya tertentu mengenai perbincangan atau tindakan berkaitan kematian kerana dipercayai perkara buruk mungkin benar-benar akan berlaku.

“Kami juga berharap mesej yang disampaikan melalui temu bual dalam dokumentari ini dapat memberi penonton pemahaman lebih mendalam mengenai pekerjaan mereka dan tidak lagi diberi pandangan aneh apabila berbicara tentang pekerjaan yang mereka lakukan setiap hari”, tambahnya.

Tonton Craftsmen of Finale setiap hari Jumaat jam 6.30 petang di TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan