Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah selepas melakukan lawatan mangsa kebakaran di Dewan Dato Sri Haji Wan Junaidi yang bertempat di Kampung Tabuan Lot di sini, hari ini. Foto: TVS

Bantu mangsa kehilangan tempat tinggal akibat bencana

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 Ogos: Kerajaan Sarawak bersedia membantu menyediakan penempatan baharu untuk mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia berdasarkan rundingan dijalankan pejabat residen, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pejabat daerah dan penghulu di kawasan terkesan.

“Pejabat Residen Kuching dan penghulu sudah melihat perkara ini. Yang penting adalah mereka mempunyai tempat tinggal walaupun menyewa.

“Di bawah Kerajaan Sarawak, bantuan sewa rumah disediakan kepada mereka yang menyewa termasuk golongan berpendapatan rendah yang tinggal di bandar,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Dewan Dato Sri Haji Wan Junaidi di Kampung Tabuan Lot di sini, hari ini.

Menurutnya, rundingan turut merangkumi isi rumah yang mempunyai anak bersekolah termasuk melibatkan jarak tempat tinggal dengan sekolah.

Tambahnya, usaha menyediakan rumah sewa di kawasan Tabuan sedang dijalankan dan berharap mangsa memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak.

Semasa lawatan tersebut, Fatiman menyampaikan bantuan berupa wang tunai, kelengkapan dapur, pakaian, kit makanan awal, kelengkapan tidur dan kit kebersihan kepada mangsa.

Pada Rabu lalu, tujuh keluarga terjejas selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tabuan Cemerlang dan beberapa isi rumah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Dato Sri Haji Wan Junaidi yang bertempat di Kampung Tabuan Lot – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan