Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) julung kalinya memperagakan enam variasi pakaian seragam kepada tatapan rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 ketika Sesi Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya hari ini. Foto Bernama

APMM tampil 404 pegawai, tiga selebriti dalam perbarisan Hari Kebangsaan

ByBernama

PUTRAJAYA, 30 Ogos: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menampilkan 404 pegawai dan tiga selebriti tempatan dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, esok.

Pemangku Ketua Pengarah APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata selebriti yang akan menyertai kontinjen agensi penguatkuasaan itu ialah Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata APMM juga akan mempamerkan aset iaitu Bot Perkasa 35, Bot Benteng 1, Bot Petir 83, Mobile Surveillance Unit (MSU) serta sebuah AS365 N3 Dauphin yang akan melakukan terbang lintas bersama aset udara pasukan keselamatan lain.

Saiful Lizan berkata penyertaan APMM dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 diharap dapat memberi peluang kepada masyarakat mengenali peranan yang dimainkan APMM selain menarik minat belia tempatan yang berkelayakan untuk menjadi anggota penguat kuasa.

“Sebagai agensi yang diletakkan di bawah kluster keselamatan, APMM ingin menunjukkan peranannya dalam memastikan perairan Malaysia selamat di samping turut membawakan mesej kepada orang ramai bahawa ‘Keselamatan Bukan Untuk Dikompromi’.

“Penyertaan ini juga mencerminkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan anggota APMM yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi mempertahankan keselamatan perairan negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan