Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyerahkan sumbangan kepada waris mangsa perahu karam di Sungai Kayan pada Khamis. Foto TVS

Waris mangsa perahu karam terima sumbangan

LUNDU, 29 Ogos: Seramai 15 waris mangsa insiden perahu karam di Sungai Kayan menerima sumbangan daripada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) serta komuniti lain.

Menterinya, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif komuniti yang turut berdukacita dan prihatin terhadap kejadian yang menimpa keluarga tersebut.

“Sumbangan tersebut adalah daripada kelab rekreasi yang ahli-ahlinya adalah kakitangan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dan satu lagi adalah daripada takaful sekolah yang diurus Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

“Manakala satu lagi sumbangan daripada komuniti iaitu daripada Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi penyerahan sumbangan kepada waris mangsa perahu karam di Sungai Kayan di Sekolah Menengah Kebangsaan Senibong di Lundu pada Khamis.

Roland dalam pada itu turut menyeru lebih ramai pelajar sekolah tersebut yang menggunakan pengangkutan air supaya membuat permohonan tinggal di asrama bagi tujuan keselamatan.

Bagaimanapin, sekiranya pelajar terbabit enggan tinggal di asrama sekolah berkenaan, mereka dinasihatkan mengikuti langkah keselamatan semasa menaiki perahu bagi menyeberangi sungai seperti pemakaian jaket keselamatan.

“Seperti yang dimaklumkan pengetua sebentar tadi masih terdapat bilik kosong di asrama ini dan adalah lebih baik sekiranya mereka tinggal di asrama.

“Namun sekiranya tidak mempunyai pilihan lain dan perlu menyeberangi sungai maka mereka perlu mengguna dan mengikuti langkah keselamatan dan saya percaya jaket keselamatan turut disediakan,” ujarnya.

Dalam kejadian pada 6.10 pagi 20 Ogos, seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong Lundu, seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung termasuk pengemudi menaiki perahu tambang berkenaan.

Perahu yang membawa 20 penumpang itu yang kebanyakannya adalah pelajar SMK Senibong sedang menuju ke seberang sungai sebelum karam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan