Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superintendan, Rohana Nanu

Warga emas rugi RM50,000 tertipu bantuan kebajikan

KAPIT, 29 Ogos: Seorang wanita warga emas di sini kerugian RM50,000 selepas ditipu dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarkakat (JKM).

Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superintendan, Rohana Nanu berkata, kejadian berlaku selepas mangsa didatangi dua lelaki tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai JKM.

Menurutnya, mangsa berusia 70-an merupakan seorang balu kepada seorang pesara kerajaan.

“Mangsa ditipu dua lelaki yang menawarkan bantuan kebajikan.

“Sebelum mangsa menerima bantuan tersebut, mangsa diminta mengeluarkan wang daripada akaun di sebuah bank dan   menyerahkan barangan kemas milik mangsa kepada kedua suspek itu,” katanya menerusi satu kenyatan hari ini.

Rohana berkata, mangsa diminta untuk berbuat sedemikian bagi memudahkan proses kelulusan permohonan bantuan dan dijanjikan bahawa wang serta barang kemas tersebut akan dikembalikan setelah permohonan bantuan kebajikan diluluskan.

Katanya, mangsa mula menyedari dirinya ditipu setelah mangsa ditinggalkan di Pekan Kapit.

“Secara keseluruhan, mangsa mengalami kerugian berjumlah RM50,000.

“Mangsa yang tertipu membuat laporan polis di IPD Kapit pada Rabu (semalam),

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sehubungan itu, Rohana meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan bantuan kebajikan yang ditawarkan oleh individu tidak dikenali dan hendaklah membuat permohonan bantuan kebajikan secara formal di mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan