Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Wan Junaidi menyampaikan pingat kepada ADUN Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek yang merupakan salah seorang penerima anugerah Pegawai Bintang Sarawak (PBS). Foto TVS

Tun Wan Junaidi kurniakan darjah kebesaran, pingat

SIBU, 29 Ogos: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 513 penerima pada Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada Khamis.

Penerima terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua jabatan, pegawai daerah, ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK), ahli parti politik, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan anugerah Johan Bintang Sarawak (JBS) kepada tiga penerima yang mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugo mendahului senarai disusuli Junih Salleh Ahmad iaitu Setiausaha Sulit kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Law Siew Hie.

Seterusnya anugerah Johan Bintang Kenyalang (JBK) dikurniakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tellian, Royston Valentine merupakan penerima tunggal anugerah tersebut.

Selain itu, lima penjawat awam dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan 17 individu dianugerahkan Pingat Perwira Negeri (PPN) (Gangsa).

Bagi Anugerah Pegawai Bintang Sarawak (PBS) ADUN Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek mendahului senarai penerima disusuli enam penerima lain.

Antaranya ADUN Baleh Nicholas Kudi Jantai, ADUN Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming, Temenggong Awangku Ibrahim Awangku Hosan, Jeffery Phang Siaw Foong, Ling Thian Ing dan Nee Lian Chin.

Seterusnya, seramai 35 individu dianugerahkan Pegawai Bintang Kenyalang (PBK), 55 menerima Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB), 90 menerima Ahli Bintang Sarawak (ABS) dan 58 menerima Ahli Bintang Kenyalang (ABK).

Dalam pada itu, seramai 121 penjawat awam dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) dan 121 yang lain dianugerahkan Bentara Bintang Sarawak (BBS).

Turut hadir pada majlis istiadat itu ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan