Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib menyerahkan geran kepada salah seorang penerima. Foto TVS

Timba ilmu berkaitan teknologi moden, ekonomi hijau

MUKAH, 29 Ogos: Anak Sarawak digalak menimba ilmu berkaitan dengan teknologi moden dan ekonomi hijau bagi memacu pembangunan wilayah tersebut.

Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib berkata kursus kejuruteraan marin yang ditawarkan di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Kampus Laila Taib boleh menyokong industri Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Sarawak.

“Tenaga kerja dan pakar kejuruteraan marin di Sarawak sememangnya masih kurang, kita perlukan ini (tenaga kerja) untuk melaksanakan kerja seperti penyambungan paip bawah air.

“Kerjaya ini menjanjikan gaji lumayan, inya-Allah menjelang 2026 Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melaksanakan pendidikan tinggi percuma untuk anak Sarawak yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Projek Luar Bandar (MRP) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) berjumlah RM540,000 di Pusat Khidmat P.213 Mukah baru-baru ini.

Geran MRP bernilai RM400,000 diserahkan kepada 31 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan, kelab dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti relevan dengan ahlinya manakala geran PMR berjumlah RM140,000 diserahkan kepada empat persatuan dan surau untuk kerja pembaikan dan naik taraf infrastruktur.

Menurut penerima geran MRP, Ketua Kampung Tellian Tengah, Winnie Wena, geran tersebut akan digunakan untuk menjalankan program Pesta Tanglung, gotong-royong membaiki titian uzur dan pemberian dana kepada orang kampung yang sakit.

“Kita juga menggunakan geran ini untuk membaiki infrastruktur gerai kendalian orang kampung,” ujarnya.

Dalam pada itu, penerima Geran PMR, Pengetua SMK St. Patrick, Silvester William berkata, geran tersebut digunakan untuk menaik taraf sistem saliran air di blok tandas sekolah tersebut dan membeli mesin cetak baharu bagi kegunaan harian sekolah.

“Fokus kita adalah untuk memastikan proses pembelajaran dan keselesaan pelajar dalam keadaan memuaskan agar mereka dapat menimba ilmu tanpa gangguan,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan