Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. Foto fail Bernama

Tanah Jerlus: Operasi SAR genap seminggu hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Operasi bagi mencari wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini Jumaat lepas, memasuki hari ketujuh hari ini.

Tinjauan Bernama di lokasi pada 9 pagi mendapati pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam, sudah bersiap siaga di lokasi kejadian untuk meneruskan operasi.

Difahamkan operasi SAR hari ini untuk mencari mangsa insiden tanah jerlus itu akan tetap menumpukan sekitar lokasi utama kejadian di Jalan Masjid India.

Tinjauan juga mendapati bilangan premis perniagaan sekitar lokasi yang beroperasi kian berkurang, atas faktor garisan kuning polis dipanjangkan menutupi sepanjang Jalan Masjid India bagi menjaga keselamatan awam.

Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota daripada pelbagai pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk penggunaan unit anjing pengesan (K9) dan kaedah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan