Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Setiausaha kerugian lebih RM700,000 diperdaya sindiket penipuan

ByBernama

KUANTAN, 29 Ogos: Seorang setiausaha persatuan amal kerugian RM728,480 selepas terpedaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 38 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan kes dadah.

Beliau berkata pada 7 Ogos lepas mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai MCMC menyatakan terdapat laporan dibuat atas nombor telefon wanita berkenaan.

Mangsa kemudian dirujuk kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan memaklumkan dia terlibat dalam kes dadah.

“Suspek meminta mangsa membuat pemindahan wang bagi tujuan siasatan. Dalam tempoh 13 hingga 19 Ogos, mangsa telah membuat sebanyak 147 kali transaksi ke dalam 11 akaun bank berbeza sehingga mengalami kerugian RM728,480.

“Sumber kewangan daripada wang simpanan mangsa dan pemberian mendiang ayahnya. Selepas menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya terhadap individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan