Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto pada 28 Ogos menunjukkan kawasan ladang buah naga di Binh Tuan, Vietnam yang ditenggelami banjir serta menyebabkan penduduk terpaksa berpindah. Foto, AFP.

Ratusan hektar ladang buah naga di Vietnam ditenggelami banjir

ByAFP

HANOI, 29 Ogos: Ratusan hektar ladang buah naga di selatan Vietnam ditenggelami banjir besar pada Khamis yang turut menyebabkan penduduk terpaksa mencari perlindungan di kawasan selamat.

Banjir di wilayah Binh Thuan itu berlaku akibat hujan lebat dan pelepasan air takungan pengairan pada Selasa dan Rabu.

22 maut dalam banjir kilat, tanah runtuh di Thailand

“Kami kehilangan semua tanaman buah naga dan timun tahun ini,” kata Ho Van Trung, 66, kepada AFP.

Eksport buah naga Vietnam menjana pendapatan mencecah $1.8 bilion pada 2018 namun angka itu telah menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Binh Thuan merupakan antara kawasan pertanian terbesar di Vietnam yang berkeluasan 28,000 hektar dan mengeluarkan 600,000 tan buah naga setiap tahun.

Pokok buah naga merah dan hijau itu tumbuh subur dalam keadaan cuaca panas dan kering namun mudah mati apabila ditenggelami air.

Pada Khamis, petani di dua kampung di Ham My, Binh Thuan berkata banjir di kawasan itu belum pernah berlaku sebelum ini.

“Rumah dan kebun saya yang ditanam dengan buah naga dan timun semuanya tenggelam,” kata Trung.

Jirannya Dao Thi Bich Thao pula  memberitahu, dia dan suaminya hanya sempat mengalihkan televisyen dan peti sejuk kerana air naik dengan cepat.

“Selepas itu kami terus menyelamatkan diri,” katanya.

Kira-kira 200 penduduk dan kawasan tanaman seluas 400 hektar ditenggelami air, kata pegawai tempatan di Ham My kepada laman berita, VNExpress.

Para saintis sebelum ini memberi amaran bahawa kejadian cuaca ekstrem di seluruh dunia akan menjadi lebih teruk dan kerap disebabkan oleh perubahan iklim.

Beberapa bahagian lain di Vietnam juga dilanda banjir berpunca hujan lebat sejak beberapa bulan lepas.

Di seluruh negara, hampir 29,000 rumah rosak dan 90,000 hektar tanaman musnah, kata Pejabat Perangkaan Am (GSO) Vietnam akhir bulan lalu.

Banjir menyebabkan kerugian sekitar $85 juta bagi tujuh bulan pertama tahun ini iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lalu, menurut GSO.

Seramai 91 orang terbunuh serta dilaporkan hilang akibat cuaca buruk dalam tempoh itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan