Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nomiday Dajie Anak Linggie.. Foto TVS

Rai hari kebangsaan dengan penuh rasa bangga

ByVanessa Anak Enjop

MIRI, 29 Ogos: Hari Kebangsaan ke-66 membuka ruang untuk rakyat Malaysia merenung kembali erti kemerdekaan dalam konteks kehidupan.

Rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang dan profesion turut tidak ketinggalan menyuarakan pandangan mengenai kemerdekaan.

Hari Kebangsaan bukan sekadar masa untuk memperingati pembebesan dari penjajah tetapi turut merangkumi aspek pemikiran, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

Nomiday Dajie Linggie, 41 tahun, berpendapat kemerdekaan menuntut setiap masyarakat memiliki pemikiran merdeka yang sebenar.

“Malaysia sudah merdeka selama 66 tahun, namun masih ada rakyat yang berfikir seolah-olah kita masih dikawal  kuasa luar,” katanya ketika ditemui oleh TVS di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai sebuah negara merdeka, rakyat perlu memiliki pemikiran progresif untuk terus maju ke hadapan dan menjadi sebuah negara moden.

Bagi Valerie Velina Anaelechi,46, berpendapat kemerdekaan mempunyai makna lebih luas dan mendalam.

“Merdeka bukan sekadar bermaksud bebas dari penjajahan, tetapi kebebasan untuk menyuarakan pendapat, mengamalkan budaya dan merasai kesejahteraan dalam masyarakat majmuk,” ujarnya.

Sementara itu, Farahezza Hairon Nizar, 40, menjelaskan kemerdekaan perlu dilihat sebagai kebebasan untuk mengekspresikan diri.

“Saya rasa kemerdekaan lebih daripada itu. Ia merupakan kebebasan diri sendiri dan memberi kita ruang untuk mengekspresikan diri sama ada sebagai individu atau sebagai seorang rakyat,” jelasnya.

Menurutnya, setiap era mempunyai cabaran tersendiri dan generasi sekarang kurang peka terhadap pengorbanan pahlawanan serta pemimpin terdahulu.

“Kita perlu berbangga dengan diri dan negara kita serta merayakan Hari Kebangsaan dengan sehati sejiwa,” katanya. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan