Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil meninjau raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya hari ini. Foto Bernama

Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar

ByBernama

PUTRAJAYA, 29 Ogos: Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya Sabtu ini dijangka berjalan lancar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 berkata ini adalah susulan raptai penuh hari ini berlangsung tanpa sebarang masalah dengan semua perarakan dan persembahan berjalan mengikut perancangan.

“Kita jangkakan segala persiapan ini akan membuahkan hasil yang cukup positif pada Sabtu nanti,” katanya selepas menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Bagaimanapun, Fahmi berkata terdapat beberapa aspek penyelarasan yang perlu ditambah baik bagi memastikan kesempurnaan perjalanan sambutan pada 31 Ogos ini.

“Kita doakan semoga semua persiapan dan juga acara nanti berjalan dengan baik serta lancar,” katanya.

Persembahan acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” itu dijangka berlangsung selama dua jam, antara lain menampilkan 25 pancaragam, 479 aset ketenteraan dan pertunjukan udara. Ia disertai kira-kira 17,000 peserta daripada 59 kontinjen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan