Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media di Forum Perniagaan Australia-ASEAN 2024 di Sydney, diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Sharrina Abdullah. Foto Aziz Soleh (TVS)

Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia dicadang interaksi tenaga hijau – Abang Johari

ByRadzi Ahmad

SYDNEY, 29 Ogos: Peranan Malaysia selaku pengerusi ASEAN dicadangkan agar mengenegahkan langkah strategik ke arah matlamat pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis kepengerusian ASEAN pada 2025 membentuk interaksi berkaitan tenaga hijau antara blok ASEAN dan negara-negara serantau.

“ASEAN sebagai sebuah blok akan berinteraksi dengan negara-negara jiran termasuk Australia, Korea, dan Jepun, di mana mesti ada satu matlamat bersama untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucaptama di Forum Perniagaan Australia-ASEAN 2024 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Sydney, Australia pada Khamis.

Beliau turut menyentuh berkaitan keperluan untuk mencari penyelesaian dalam pelaksanaan dasar-dasar yang menyokong matlamat hijau ini, termasuk dalam sektor pertanian dan keselamatan makanan.

“Kita perlu melihat cara-cara untuk melaksanakan dasar tersebut, termasuk dalam pemakanan, di mana pengeluaran makanan hijau dan juga produk hijau lain harus ditingkatkan,” tambah beliau.

Abang Johari turut menekankan bahawa penggunaan tenaga hijau adalah kunci dalam memastikan industri berat seperti pengeluaran besi dapat mengurangkan jejak karbonnya.

“Tenaga yang digunakan mesti tenaga hijau, yang akan meneutralkan jejak karbon,” tegas beliau.

Menurut beliau, kerjasama erat antara ASEAN dan negara-negara seperti Australia adalah penting dalam merealisasikan visi ekonomi hijau yang lebih inklusif dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan