Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perancis pada Rabu mendakwa pengasas Telegram, Pavel Durov berhubung tuduhan pelanggaran beberapa undang - undang berkaitan aplikasi itu. Foto fail, AFP.

Pengasas Telegram didakwa di mahkamah, dilarang tinggalkan Perancis

ByAFP

PARIS, 29 Ogos: Perancis pada Rabu mendakwa pengasas Telegram, Pavel Durov dengan pertuduhan melakukan beberapa pelanggaran undang – undang berkaitan aplikasi itu.

Jutawan berkenaan turut dilarang meninggalkan negara itu namun dibebaskan selepas empat hari ditahan.

Durov, 39, didakwa atas pertuduhan gagal membendung kandungan melampau dan haram dalam aplikasi penghantaran pesanan popular itu selepas soal siasat.

Durov yang dilahirkan Rusia ditahan di Lapangan Terbang Le Bourget di luar Paris pada Sabtu dan disoal siasat selama beberapa hari.

Dia diberikan pembebasan bersyarat dengan ikat jamin lima juta Euro dan perlu melaporkan diri di balai polis dua kali seminggu serta kekal di negara itu, kata pendakwa raya Paris, Laure Beccuau menerusi kenyataan.

Tuduhan itu membabitkan dakwaan jenayah yang melibatkan kumpulan tersusun termasuk bersubahat dengan pentadbiran platform dalam taliën itu untuk membenarkan transaksi haram.

Durov juga telah didakwa kerana enggan berkongsi dokumen yang dituntut oleh pihak berkuasa serta penyebaran imej pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah, penipuan dan penggubahan wang haram.

Peguamnya David-Olivier Kaminski berkata tuduhan itu tidak masuk akal sambil menambah Telegram mematuhi semua aspek dan peraturan Eropah mengenai teknologi digital.

Sementara itu Durov turut disiasat kerana disyaki melakukan tindakan keganasan yang serius terhadap salah seorang anaknya.

Kejadian itu didakwa berlaku semasa dia dan bekas pasangannya yang merupakan ibu kanak-kanak itu berada di Paris, kata sumber. 

Wanita itu juga memfailkan satu lagi aduan terhadap Durov di Switzerland tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan